Feb 28, 2007

Cintakah??

Assalamualaikum..

mungkin ramai yang mengatakan dengan cinta, kita akan lebih semangat melalui kehidupan kita seharian, semakin berseri dan gembira jika kita berada dalam cinta..tak kiralah cinta kepada sesiapa pun, asalkan ia berbentuk kasih sayang...

cikda tak pernah menafikan hakikat ini..memang benar...cinta akan memberi semangat kepada kita untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini...sama juga dengan cikda..cikda juga memerlukan cinta..

mungkin kita tdk sehebat cinta Rabiatul Adawiyah dan Sumayyah yang sanggup mengorbankan dunia untuk kehidupan yang Abadi..Tapi dalam diri kita sentiasa ada perasaan cinta.Ia memang perasaan anugerah Allah.Jadi bagaimana kita mahu menggunakan perasaan cinta ini secara benar dan hakiki?

Maka, cintailah sesiapa sahaja dalam kehidupan kita dengan kasih sayang yang benar2 beralaskan keberkatan..adakah terlalu sukar untuk kita mendefinisikan keberkatan itu...bagaimanakah bentuk keberkatan itu...tepuk dada tanyalah iman..

Dunia ini tempat Allah menguji kita, sejauhmana kecintaan kita padaNYA...sukar untuk digambarkan jika tanpa cintaNYA, siapa kita pada hari ini...

Allah sentiasa berada dengan kita..kekasih, suami, keluarga...belum pasti..jadi, siapakah yang selayaknya kita cintai?Jawablah sendiri.Takkanlah Tuhan yang sentiasa bersama , menjaga kita, memberi kasih sayangNYA kepada kita, kita abaikan kasih sayang padaNYAZ?

usahlah ego dalam menjawab soalan ini...kita semua makhluk Tuhan..Jadi kepada DIA juga kita akan kembali..Kalau Allah S.W.T tak bagi tangan cikda ni bergerak, belum tentu cikda boleh menulis untuk bacaan kita semua.Kalau Allah berhentikan sesaat otak kita..kita jadi apa pada masa tu..

Moral of the story: Jadilah manusia yang bersyukur, berkasih sayang pada jalan yang benar..yang sebaik2nya, kepada remaja sekalian, jangan sakit kepala untuk bercinta dengan asyik masyuknya, cari nilai dan diri anda terlebih dahulu..

InsyaAllah, Allah pasti akan membantuMU..

best regards...

cikda